Friday, June 12, 2009


Hari ini Jumaat (12/06/09), ada dua hari lagi masa untuk membuat persediaan sebelum sekolah bermula.

Tak sedar-sedar dah nak masuk ke semester 2. Tentu kerja berlambak-lambak sedang menunggu untuk diselesaikan. Adakala rasa malas datang menyerang, kerana hari sekolah dah nak dekat..

Tapi, alasan ini tak boleh dilayan.. tanggungjawab berat yang dipikul menuntut untuk dilangsaikan. Inilah tugas seorang pendidik.

Kalau tak ada pendidik, anak-anak murid ni nak letak di mana?
Tak boleh mengeluh, apalagi nak menolak. Inilah pilihan bila habis belajar dulu. Apa yang perlu difikirkan adalah, tugas pendidik kini dan akan datang tak boleh dipandang ringan. Jadi sebelum adik-adik di luar sana yang ada menyimpan hasrat untuk menjadi pendidik cemerlang, fikir-fikirkan lah apakah visi, misi dan wawasan yang nak dicapai untuk diri sendiri dan juga kecemerlangan dan 'kemenjadian' anak-anak bangsa di zaman global ini.

Thursday, June 11, 2009

LATAR BELAKANG UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
S.K. SEPAGAYA, LAHAD DATU:

Beroperasi sepenuhnya bermula tahun 2002.
Guru Bimbingan dilantik sepenuh masa menjalankan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling peringkat sekolah rendah.
Semua murid S.K. Sepagaya adalah layak mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini.
Masa sesi bimbingan boleh ditetapkan melalui temujanji antara murid dan guru bimbingan.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini menyediakan sesi bimbingan individu dan kelompok.
Sepanjang beroperasi, Unit ini telah banyak merancang program dan aktiviti yang sesuai untuk murid S.K. Sepagaya.
Murid yang datang mendapatkan khidmat bimbingan terdiri daripada murid yang pandai, lemah dalam akademik dan juga murid yang bermasalah. Antara perkara-perkara yang dibincang dengan guru bimbingan ialah tentang akademik, sosial, keluarga, personaliti dan emosi.