.jpg)
Hari ini Jumaat (12/06/09), ada dua hari lagi masa untuk membuat persediaan sebelum sekolah bermula.
Tak sedar-sedar dah nak masuk ke semester 2. Tentu kerja berlambak-lambak sedang menunggu untuk diselesaikan. Adakala rasa malas datang menyerang, kerana hari sekolah dah nak dekat..
Tapi, alasan ini tak boleh dilayan.. tanggungjawab berat yang dipikul menuntut untuk dilangsaikan. Inilah tugas seorang pendidik.
Kalau tak ada pendidik, anak-anak murid ni nak letak di mana?
Tak boleh mengeluh, apalagi nak menolak. Inilah pilihan bila habis belajar dulu. Apa yang perlu difikirkan adalah, tugas pendidik kini dan akan datang tak boleh dipandang ringan. Jadi sebelum adik-adik di luar sana yang ada menyimpan hasrat untuk menjadi pendidik cemerlang, fikir-fikirkan lah apakah visi, misi dan wawasan yang nak dicapai untuk diri sendiri dan juga kecemerlangan dan 'kemenjadian' anak-anak bangsa di zaman global ini.
No comments:
Post a Comment